nuffnangku

Friday, September 30, 2016

Baru 12 tahun.

Salam.

Tak ade siapa nak jeles pd budak usia 12 thn yg bgaya ala2 hijabster. Tapi sebagai org seusia aku, yg dah ade anak. Ade sepasang. Of coz aku concern. Sb kite hidup dlm dunia tnpa sempadan, dunia yg jauh berbeza dr dlu. semakin berleluasa pedofilia,perogol,penjahat n mcm2 lg.

Of coz akan doa baik2 utk anak tu. Tapi yg buat kite risau adalah mata2 jahat di luar sana.skg smakin berleluasa kes pedo,  di kalangan family sdiri or dikalangan org lua( tak percaya? Sila la rajinkan diri baca di page syed azmi or wardina) realiti masyarakat kite yg tidak di highlight secara terus di media.

Yg dibimbangkan keselamatan anak2 ini. Follower yg dlm ramai2 tu,kte yakin ke smua adalah niat yg baik2? Die tlalu muda utk mengerti dunia sebenar. Dunia hati manusia2 y busuk. Pd usia semuda tu, wajar die fokus pd study die. Dunia glamer ni hanya seketika. Pelajaran lebih utama. Pd usia 12 tahun, study la dulu. Or main pondok2 or main mak2 ke, itu lebih penting. Utk developt perkembangan mental ,fizikal n rohani seorg kanak2.

Doa yang baik2 utknya.

Wednesday, September 28, 2016

19 september 2016

19.09.2016 Husna genap 2 tahun! Sekejap sangat masa berlalu. This girl dah besar dah pun.Husna ni memang ada ragam anak kedua. Biasalah. Emo lebih,cheeky pun lebih, caring pun lebih. Semua pun dia jelah ratu nya.

Dia suke pakai cantik2 dan suke dgr orang puji die, suke barang mekap,pastu selalu berangan depan cermin n pakai mekap, manja sangat dengan papa die,manja dgn aki n atok die. Kuat nangis, pantang kena sakat sikit melelehlah air mata. Tapi satu je, die memang kerap mengalah dengan abang die. Biasalah anak sulung,asik nak menang je.

Husna ni mulut die potpet potpet kalau dengan aku. Tapi tak berapa byk cakap kalau dgn orang lain.Die kadang garang gak dengan abg die.Selalunya abang die memang ikut je arahan die. 

"iman,amik kan bear"

Biasanya memang abg die g amikkan or carikan. Tapi kalau time iman malas or tgh main. 
"adik amik sendiri"
Dan emo la Husna. Haha.

Husna (setakat ni) anak bongsu la dalam family kecil kami. Dalam family melaka, die cucu girl sorg.dalam family nenasi,die cucu pompuan bongsu. So di mana2 die lah termanja lbih.

Doa aku sbg mak die, mengharapkan die membesar dgn sekeliling yg sygkan die, yg protect die. Paling aku doakan maruah die terpelihara smpai bila2,dilindungi dari manusia2 syaitan pedofilia or whatsover. Ini paling2 aku harapkan.smoga masa depan die terus cerah, dan bjaya dalam ape jua yg die nak dlm life die.

LASTLY, NI DAH 2 TAHUN NI, BILA NAK WEAN OFF DIK OIII???๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ. P/s:dgn family melaka celeb pd 16/9 ,mereka dtg kl.

Dgn family nenasi, celeb masa raya haji 12/9 di nenasi, pahang.

Husna dan kek pilihan nya. Masa ni dengan family melaka yg dtg kl.

Familia. Celeb skali dengan birthday atok die, 17 sept.

Bukti budak ni drama queen haha.

Bukti budak ni mmg manja terlebih.

Celeb dgn family pahang.

Berempat.

Wednesday, September 14, 2016

Kula Cakes, Kuantan.

Salam. Minggu lepas sebelum raya haji, sempat singgah jalan-jalan Kuantan. Saje amik angin hehe.

Lepas pergi East Coast Mall, singgah Kula Cakes untuk rasa kek dia, kebetulan memang nak cari kek untuk birthday husna.

Sebelum ni singgah kuantan, terlupa nak singgah. Order pavlova, mango cheese cakes dan redvelvet cake.Air pandan cooler.

Overall, ok la. Not bad.

Pavlova dia, tak berapa suka sebab hanyir telor tu ketara jugak. Kena makan dengan sebiji-sebiji strawbery baru rasa hanyir tak obvious. Tapi lain orang, lain citarasa kan. Mungkin bagi aku tak berapa ok,bagi org lain ok sangat. So sila g rasa ok! Pavlova ni kalau dibuat dengan cara yang betul, kita takkan rasa hanyir tu.

Redvelvet oklah. Tapi aku pernah makan yg lagi sedap dari ni.

Mango cheese dia ok. Sejuk sedap kat tekak. Rasa macam makan aiskrim  

Suasana persekitaran pun redup dan cantik kalau dalam pic.

My family. 

The king and the princess

Manggo cheese cake

Hi.

Bunga ni kacau la.

3 slice je. Tapi rasa macam banyak pulak


Hehe.
Til then.
Bye 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...